Sabtu, 22 Jun 2013

segmen mhi:-petua hilangkan jerawat

assalamualaikum...harini qila nk kongsi tentang petua hilangkan jerawat.enjoy...

Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.




Punca jerawat

# Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca  utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20an.

# Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.

# Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
#
Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.

#
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.

#
Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.

Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.



Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.

# Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
#
Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.

#
Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
#
Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
#
Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. 

# Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
#
Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.

#
Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
# Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.


# Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".


# Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.


# Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.


# Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.


Rawatan Untuk Jerawat.

Liang yang tersumbat harus dibuka.

Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.



Mengurangkan jangkitan bakteria.

Menggunakan ubat antibiotik "oral" seperti tetracycline, erythromycin boleh dimulakan jika rawatan awal untuk jerawat tidak berkesan. Antibiotik dalam bentuk krim seperti clindamycin dan lain-lain boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat yang baru jika tidak mahu menggunakan ubat antibiotik "oral".

Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.

Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.

korang dh bacakan?oklah.jgn lupa share maklumat ni k?bye..
kalau korang nak tahu lebih lagi tentang petua ni..buka lah link ni...http://penpatah.blogspot.com/2012/07/petua-hilangkan-jerawat.html

Ahad, 16 Jun 2013

sinopsis sassy girl chun hyang

sinopsis Sassy Girl Chun Hyang:-

Sassy Girl Chun Hyang mengisahkan kisah cinta terhalang di antara Sung Chun Hyang dan Mong Ryong yang bertemu tanpa disangka akibat salah faham. Di sebalik semua kejadian menimpa mereka berdua dan pertengkaran mereka yang melucukan akhirnya melahirkan perasaan cinta.

Ternyata tiada jalan mudah untuk mendapat kesudahan yang membahagiakan kerana cinta mereka bakal diuji dengan kehadiran watak Hong Chae Rin (Park Si-Eun), bekas kekasih Mong Ryong dan Byeon Hak Do (Uhm Tae-Woong) seorang yang berpengaruh dan tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan cinta Chun Hyang.

Bacahttp://www.buzzera.net/2012/04/sinopsis-sassy-girl-chun-hyang-drama.html#ixzz2WMzGXyFM



Kisah bermula apabila Mong Ryong seorang pelajar nakal yang sering menimbulkan masalah di sekolah terpaksa berpindah dari Seoul selepas ayahnya, seorang ketua pegawai polis ditukarkan ke ke wilayah utara Jeolla, Namwon. Mong Ryong yang sangat mencintai Chae Rin tetap cuba berhubung dengannya walaupun hanya bertepuk sebelah tangan.

Pada suatu hari, Mong Ryong yang sering mengambil video untuk dikongsinya bersama Chae Rin, tanpa disengajakan terakam aksi Chun Hyang yang memalukan. Insiden bertukar telefon bimbit juga menyebabkan mereka terpaksa sering berhubung. Sehinggalah mereka menyedari bahawa mereka sebenarnya menuntut di sekolah yang sama.

Di sebalik halangan menimpa percintaan Sung Chun Hyang dan Mong Ryong, terhimpun segala kenangan indah dan peristiwa gembira sepanjang perkenalan mereka.

Bagaimanakah kesudahan kisah cinta yang penuh ranjau duka ini? Jangan lupa saksikan Sassy Girl Chun Hyang, terbaik di saluran ceria, NTV7.

Sassy Girl Chun Hyang dibintangi pelakon utama Han Chae Young (sebagai Sung Chun Hyang) dan Jae Hee (Mong Ryong) , episod pertama drama ini mula disiarkan Rabu lalu menerusi slot Korean Series dan akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 12 tengah hari sebanyak 24 episod.

Baca: http://www.buzzera.net/2012/04/sinopsis-sassy-girl-chun-hyang-drama.html#ixzz2WN0UUexw


Sabtu, 15 Jun 2013

segmen mhi:-punca dan cara mengatasi kulit berminyak.


assalamualaikum...ini adlah kali pertama qila kongsi maklumat dalam segmen MAKLUMAT HARI INI ni.ok.hari ni qila nak kongsi punca dan cara mengatasi kulit berminyak.jom ikut panduan di bawah:-

  • Punca yang pertama sekali adalah hasil pengeluaran daripada sebum iaitu bahan berminyak yang dikeluarkan secara semulajadi kat kulit kita ni. Contohnya kat rambut, kalau korang tak basuh or shampoo rambut korang tu dalam beberapa hari, rasa macam berminyak kan? Ok itulah sebum. Sama juga dengan wajah anda. Kalau you tak basuh, wajah akan berminyak. Lebih teruk, some people dah basuh muka pun but after few hours akan berminyak balik -_-

  • Cara pemakanan. Yes, ni adalah antara sebab-sebab kenapa wajah selalu berminyak. Pengambilan makanan berlemak dan berminyak akan produce more oil into your skin. 
  • Jarang membasuh muka. For those yang malas sangat nak bangun basuh muka tu haaa jangan menyesal ok. Dah alang-alang muka berminyak tapi tak nak basuh, haa pegi lah ambik minyak masak kat dapur tu then tepek2 kat muka. Mesti shiny kan dear :P

  • ok.itu adalah punca kulit berminyak.seterusnya adlah cara2 mengatasinya plk:-

    1. Cara paling famous,  amalkan membasuh muka guna cleanser 2 kali sehari. Pagi dan malam sebelum tidur. Lagi bagus kalau cleanser tu ada tulis 'oil-control'. Pastu kalau lebih rajin pula, basuh muka selepas anda keluar jalan-jalan. Basuh just guna air ja takyah guna cleanser. And one more thing, after dah basuh muka tu, keringkan muka menggunakan tuala yang BERSIH. Sebab tuala yang kotor mengandungi kuman. You definitely don't want those germ transfer into your face, right? Kang tak pasal-pasal, kulit berjerawat pastu gatal-gatal. hati-hati mengunakannya...
    2. Elakkan mengambil makanan yang berlemak dan berminyak. Contohnya, kentang goreng. Haaa kalau dah singgah KFC atau McD tu mesti favourite you all french fries kan? Nyumm nyumm sedap! Tak nak wajah berminyak? Ok jangan makan fries k.bukan x boleh langsung...cuma jgn mengamalkannya...silap2 bukan berminyak je...gemuk plk tu.sorry klu terkasar bahasa... :)
    3. Minum air mineral dengan banyak setiap hari. Yes ini sangat penting. Badan memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. So kalau pegi kerja atau mana-mana pun, jangan lupa sediakan air mineral k. Jangan memandai minum kola 8 tin sehari. 
    4. Pastikan anda membersihkan solekan setiap hari menggunakan makeup remover, and basuh muka dengan air. Saya tau ada orang yang suka bermakeup, pastu bila balik rumah, muka tu tak basuh lagi. Makeup kat muka tu sampai ke malam.
    ok.itu adlah cara2 mengatasinya plk.sebenarnya...maklumat ni semua qila copy dari http://nedzblinkblink.blogspot.com ni...hehehe.tapi x semuanya...ok...cukuplah segmen MAKLUMAT HARI INI ni.jumpa lagi esok ngan maklumat  yg lebih menarik lagi.bye...comment taw.

    Jumaat, 14 Jun 2013

    pengenalan segmen baru


    assalamualaikum...dalam segmen MAKLUMAT HARI INI(mhi),qila akan berkongsi maklumat dari google untuk korang.qila akan kongsikan kpd korang maklumat2 yg qila dpt setiap hari.klu korang nak tahu lebih lanjut..add qila dulu taw...ini cuma pengenalan je...bye...                                                 

    Khamis, 13 Jun 2013

    banner untuk blog anda

    assalamualaikum...dah lama qila x tulis entri baru.ok.korang nampak kan perbezaan blog qila?qila dh tukar banner baru...ari ni qila nak kongsi banner yg cute2 yg pernah qila jumpa.harap tuan punya banner ni tak marah ye...klu korang nak banner ni...copy je lah eh?
                                                        





    oklah.sampai sini dulu pertemuan kita...ingat tau...kalau nak...copy je lah.bye...